Sunday, March 23, 2014

Anak-anak amanah paling suci~

Assalammualaikum...

Sejak dua menjak ni bila dengar ceramah-ceramah agama kat youtube banyak dengar pasal anak-anak. Saya belum lagi dikurniakan cahaya mata sejak bernikah 3 bulan lepas. Belum rezeki...

Antara bait-bait kata yang bermanfaat yang sempat saya catat dalam buku dan akhirnya ditransfer ke blog ni daripada yang amat saya hormati Prof Dr Muhaya Muhamad. Anak-anak adalah ladang pahal kita dan pencen kubur kita nanti.

Ini pulak bait-bait kata dari Yang Berbahagia Ustazah Norhafizah Musa. Kebahagian sepanjang hayat adalah apabila mendapat anak-anak yang baik lagi soleh dan solehah. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Antara tips-tips hidup sejahtera bersama keluarga dan anak-anak :

1- Besar-besarkan kebaikan anak-anak/suami/isteri
2- Besar-besarkan akhlak bukan luaran. Seperti contoh ; rajinnya adik ni. Bukannya cantiknya adik ni.
3- Banyak memuji kebaikan anak-anak/suami/isteri
4- Jangan meng-kritik sebaliknya ceritakan tentang dosa dan pahala. Benar dan salah.

Mulakan dari sekarang rajin-rajin bangun malam. Solat tahajjud doakan anak-anak/suami/isteri. Kita tak pernah terlambat selagi mana kita mula sedar. Insya Allah.

Thursday, March 6, 2014

Belajar dari kesilapan

Bismillahirrahmannirrahim,

Jam dah nak masuk 2pagi. Nak bgn solat sepertiga malam tapi mata tak boleh nak lelap-lelap. Fikiran menerawang...
Alhamdulillah ada rezeki panjang umur hari ini dapat solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah di masjid dan baca Yasin secara berjemaah. Ermm mungkin sekadar catatan dan tak lupa, Masjid Firdaus nak kutip derma untuk buka Sekolah Rendah Agama (KAFA). Drive sorang ke masjid hari ni. In sya Allah kalau suami ada kelapangan minggu depan nak ajak sekali. Terima kasih suami izinkan ke masjid.
Sekadar catatan juga, saya berdoa kepada Allah andainya diberi zuriat keturunan yang baik2, yang sempurna, disayangi oleh orang dan berguna untuk agamanya tentulah kami dari hambaNya yang bersyukur. Bukan apa, tengok anak2 kecil berlari2 di masjid, pakai jubah... Masya Allah sempurna sgt ciptaan Allah.

Lepas baca Yasin tadi saudari sebelah saya tegur dan kami berkenal-kenalan. Namanya Salwa. Dia tanya saya baru kahwin ke? Sekadar senyum, saya angguk saja. Mungkin nampak inai dijari yang masih berbaki warnanya. Salwa senyum dan menelunjurkan kaki. Maaflah, katanya. Saya pregnant 5 bulan. Tulang sakit2. Alhamdulillah, balas saya. Tahniah! Sambil angguk-angguk. Oh seronoknya. Kasihan. tapi syukurlah masih kuat ke masjid. Sambil dengar AJk masjid bagi penerangan mengenai KAFA yang bakal dibina, kami bersembang-sembang. Saya sempat bertanyakan mengenai kandungannya. Dah scan ke belum? Anak lelaki ke perempuan? Soalan biasa kut yang saya akan tanya kepada saudara perempuan yang mengandung. Salwa cakap dah tapi belum tau lelaki atau perempuan. Kalau boleh dia nak lelaki. Tapi rezeki Allah bagi asalkan sihat sempurna dia terima. Sukur, Alhamdulillah. Kami berbalas senyum. Dah habis solat Isyak, ketika bersalaman dengan jemaah wanita saya ditegur oleh seorang kakak. "Dik dagu tutup sikit," sambil dia senyum. Astagfirullahhaladzim, saya balas tegurannya dengan seyuman dan terus tarik sikit telekung bagi menutup dagu. "Terima kasih," jawab saya. kakak tu senyum saja. Semua jemaah dijemput ke khemah di sebelah tepi masjid ada saudara kita buat tahlil cucunya jadi adalah sikit makan-makan. Teringat suami kat rumah yang belum makan.  Tak apalah saya jamah sikit. Saya minta diri dari Salwa. Ketika menjamah sedikit kuih, kakak yang menegur tadi duduk di hadapan saya. Dan kami bersembang-sembang. Kemudian saya nampak Salwa jalan perlahan-lahan ke meja bufet, lantas duduk disebelah saya. "Dayana tak makan ke? Saya dah beberapa hari tak makan. Asyik muntah je. Isi la sikit perut," saya senyum lagi. Kesiannya bakal ibu ni. Saya lihat di dalam pinggannya terisi dgn seekor ikan keli goreng cili, ayam berempah dan daging satay. Sedapnya! Kami bertiga makan sambil bersembang-sembang ringan. Eh lupa pulak nak tanya nama kakak, kakak yang kat depan saya perkenalkan diri sebagai Kak Zai. Saya Dayana, dan dia ni Salwa. Salwa angguk je. Lembut sungguh. Saya bangun ambil sikit lauk bila Salwa kata ada daging kambing. Tanpa nasi, saya ambil daging satay, kambing gulai dgn ayam berempah dan sikit ulam-ulaman. Ermm sedap. Alhamdulillah. Kami bersurai selepas itu.

Belajar dari kesilapan? Maksud saya bila fikir-fikirkan balik, banyaknya kesilapan yang saya dah lakukan. Kejahatan yang tak tahu natijahnya. In sya Allah dalam buku catitan nanti saya nak list down kan supaya tak terbelenggu semuanya dalam kotak pemikiran saya. Pukul 12 mlm tadi makcik datang dengan suaminya. Astagfirullah, saya tak pernah bencikan saudara seislam seperti marahnya saya pada suami dia. Nantilah In sya Allah juga akan saya tulis di entry akan datang berkenaan suaminya. Supaya saya nampak silap saya. Semoga Allah mengampuni saya kerana ada perasaan mazmumah ini di dalam hati. Ya Allah hilangkanlah perasaan kotor ini dari hati saya. Redhailah saya Ya Allah. Ambillah nyawaku Ya Allah disaat Kau redha kepadaku dan aku Redha kepadaMu. Sesungguhnyalah Kau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Semogalah makcik saya itu sentiasa di bawah perlindungan Allah Azzawajalla. Amin ya rabbal alameen.


Saturday, March 1, 2014

menelusuri alam ciptaan Allah Azza Wa Jalla

Bismillahirrahmanirrahim. Semalam Ayong dan Cik Opit (Taufik Riswandi) datang dari Keratong. Diorang cuti jadi kami suami isteri bawa diorang menelusuri alam ciptaan Allah yang Maha Luas ini. Kali ini kami pilih Fraser Hill, Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah. Perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai. Perjalanan kami dimulakan dengan nama Allah yang Maha Besar, dengan Ayatul Kursi dan doa memulakan perjalanan. 
Ayat kursi dan terjemahan. 

Doa menaiki kenderaan serta terjemahan.
Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 9pagi dan Alhamdulillah kami sampai kat puncak bukit pukul 11pagi lepas berhenti sekejap dekat Empangan Pertak, Kuala Kubu Bharu untuk ambil gambar dan hirup udara segar. Cuaca panas terik jadi tak terasa angin-angin bukit. Tapi pemandangan dia, Subhanallah. Cantik saujana mata memandang. Sekadar renungan kita bersama, jimat-jimatkanlah air. Takungan air kat empangan ni memang dah nak masuk tahap kritikal disebabkan faktor cuaca panas terik. Terkini suhu di Kuala Lumpur dicatatkan adalah 27°C (80.6°F).

Empangan Pertak, Kuala Kubu Bharu. Malaysia (28 Feb 2014)
Alhamdulillah kat rumah masih belum putus bekalan air. "Ya Allah, permudahkanlah. Janganlah disulitkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagiMu. Dan ku mohon segala kebaikan darinya (cuaca panas)." Amin Ya Rabb Al Alameen.
Sekadar suka-suki. Sedikit gambar happy kita sekeluarga.

Yay. Along dan me dah ready! 

Dah sampai Empangan Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kita syok2 pose snap pose snap. Cuaca panas terik. Suasana yang cantik dari sinaran matahari pagi. Nilah resultnya... taa-daaa!










Mutiara kata CINTA dalam islam

Untuk menciptakan hidup yang sempurna, pilihlah kesempurnaan yang alami. Untuk hidup yang bahagia pilihlah kebahagiaan dari Pencipta Bahagia iaitu Allah Azza Wa Jalla. Kembalilah kepadaNya. Pilihlah bahagia. Hidup yang bahagia itu bila kita rasa senang dengan ujian, dan bersyukur dengan rahmatNya.
Untuk pengetahuan semua pada sesiapa yang terbaca blog ni, kalau tak pernah ke Fraser Hill atau dulu2 12 tahun lepas pernah pergi sekarang terasa nak pergi lagi ermm just a few advise bawalah makanan siap2 kalau gerak pagi2 and nak balik petang tu. Boleh lah berkelah sebab kedai makan tak banyak. Adalah food court tapi mcm tak best. Kalau kedai yg ok pun buka pukul 12 kot. Dulu memang banyak gerai2 tapi sekarang tak ada lagi. Kebetulan time kitorg pergi ni tak ada event.

Kalau nak ke Waterfall jauh 4.5km dari jam Fraser Hill tu. Lepas tu kena jalan kaki ke tempat mandi. Kereta tak boleh bawa masuk. (please note) yang kawasan tu hutan belukar tau! Nak park kereta pun takut.

Yang lain ermm hati2 lah drive nak naik ke bukit tu. Jalan kecik dan sunyi sepi. Memang laluan Tom Yum Gong dan hidupan liar. Jadi memang kena bagi lebih tumpuan kepada pemanduan. Jangan bawa laju2. Be safe.

Akhir sekali, dah drive jauh2 nikmatilah pemandangan yang cantik dan udara yang segar. Jangan lupa untuk memuji Allah. Sebab masih ada lagi nikmat dari Allah untuk kita. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

family quote


perut lapar tak sempat sarapan, ngappp apa yang ada je. Asam pun asam la labuuuu








Masa dengar usrah dari Ustazah Norhafiza Musa kat radio IKIM baru2 ni beliau ada membincangkan pasal mencatat. Kebetulan tengah tulis skrip untuk video korporat Bank Rakyat, jadi me dapatlah catat serba sikit ilmu dari ustazah. Antara munajat yang ustazah sempat ajarkan dan sempat dicatat hari tu. Semoga bermanfaat


Along buat muka ketat ni kenapa?

Sebelum kitorg balik pukul 3pm tu me sempat sambar 2 keping poskad dan pos kat pejabat pos belakang tu. Pos ke mana lagi kalau tak kat rumah untuk mak ayah. Setiap kali ke mana2 tak dapat buang habit ni pos poskad... heh ehh 
Masih belum makan...

Belum makan face




Belum makan lagi ni... jam dah pukul 12. Jap lagi nak solat Jumaat

Akhirnya... tapi memang sedap makan kat sini. Mungkin juga sebab lapar tahap maximum. @Strawberry Restaurant

Ta-daa... Mr. Photographer pun ada

Bismillahirrahmanirrahim...milo panas dapppp

Smoke House

Taufik kata... Guys only. *sigh. Padahal Guest Only. Aptb la taufik!

Tuesday, July 23, 2013

IKEA penuh. Bila nak raya semua nak jalankan operasi re-branding

Bila puasa je semua excited kan nak raya. Sambil2 menjalankan ibadah yang fardu tu sambil-sambil la kan...ehemm ehemm. Me pun sama. Tu yang sedar-sedar dah ada kat sini. Ingat nak berbuka la. Dah habis tu jom berbuka mata kejap. Sebut pasal berbuka, hurm syukur Alhamdulillah ada tempat makan. Hari Ahad kelmarin semua tempat fully booked. Nasib baik ada Restoran Mimpi Muar, Mutiara Damansara. (boleh baca post sebelum ni) - Kat Garden The Curve. Ambil set berbuka RM49++. Tapi... ada jugak tapinya cik Dayana. Set dia tak berapa mantop! Cuma butter rice dengan rendang daging yang ada rasa best. Sup ekor boooo... Gulai ikan pun boooo... tak fresh serta agak hanyir ikannya. Air dia soya cincau + buah potong macam biasalah. bla bla bla... Ah hah IKEA! Hooop hop hooray. Tak payah nak hoooray sangat. Mula-mula check it out dulu kat show room diorang apa yang best. (maksudnya apa yang mampu ku bawa pulang. Kan IKEA semua harga cerai-berai. Sampai skru pun kira asing). Okay sambil pusing (dengan perut kekenyangan)...check itu...check ini. Baru ingat rail langsir tak cukup. Kena pasang double. Bilik air nak kena taruk kabinet. Dapur pun sedih. Daif yang amat. (ahahha semua ni keluar bila time nak raya je...kan?)
Semua dalam list tapi belum boleh bawa balik hari ni... :( Mak oiiii kat section railing semua barang dah nak habis. Skru. Nut...Takkan semua orang nak tukar langsir time2 yang sama ni. (oh kan ke musim perayaan. Semua harus baru. Harus sepadan). Dah nak jam 10 pm jom cabut. Ambil mana yang perlu dulu (mana yang boleh bayar dulu ahahahaa drama habis). Ni lagi dable mak oiiiii...
Orang start beratur dari section perabot layan diri. Barisan penuh disetiap kaunter. Tak ada jalan lain... kena turut beratur. Dah la... tahun depan la pulak shopping. Kaki pun dah sakit2 pakai wedges 2" ni. Layankan je kaki ni. Nyesal tinggal teraweh malam ke-13 ni. Salam,