Sunday, June 30, 2013

I am starting my new life today

Assalamualaikum fellas, Hurmmmm... (Tarik nafas panjang2). Sebelum post pasal Sipadan trip which is gonna happen so very soon (feeling excited) me nak tulis dulu perasaannya dah berhenti kerja! Yeah! It's true. I am with new mission of my life sekarang. Pelik juga rasanya bila fikirkan "me now an unemployed". Berdebar, lega dan sebagainya. Apa taknya, bukan senangkan tak ada kerja tetap. Tapi In Sya Allah saya akan berusaha ke arah kejayaan. Cakap-cakap negatif orang akan saya ambil sebagai sempadan. Apa plan saya lepas ni? Oh In Sya Allah saya nak menjahit. Attend course sikit (mana yang jumpa dalam internet) dan cubalah cedok mana2 peluang rezeki yang ada. Mudah-mudahan Allah SWT berkati perancangan saya dan dirahmati oleh-Nya dengan mempermudahkan laluan saya. Amin ya Rabbal Alamin. Tu je? Yeah tu je agaknya. Satu2 dulu la ye. Yangni pun masih berdebar. Preparation macam mana? Preparation? Hurmmm syukur Alhamdulillah. Entahlah, rezeki dari Allah. Danial hadiahkan mesin jahit (feeling wonderful). Satu mesin jahit tepi dan sebuah lagi mesin jahit jelujur. Oh syukur yang tak terhingga. Nak beli pakai duit saving.... Asyik habis kat jalan je. Oh Dayana... Bila mula tu? Hari ni hari pertama saya tak lagi digajikan oleh sesiapa, jadi me harus bermula secepat mungkin. Eh darling. I suppose to send shop keys to Nuriy in Damansara Height now. We sembang2 in my new post post la In Sya Allah. Bye semua. Sampai berjumpa lagi. Assalammualaikum. Muahhhh..

JDT vs Kelantan, Stadium Nasional Bukit Jalil jem wooot wooot

Oh hai! Dah lama tak post cerita baru dalam blog. Malam ni tak boleh tidur, checking2 la beberapa blog. Antaranya yang menarik perhatian adalah kisah2 seram di Genting Highland, baca blog Pen Patah bla bla bla. Rupa-rupanya berhantu ye kat atas sana? Syukur selama ni berjimba kat atas tanah tinggi tu belum pernah terserem...pak dgn anybodi. Nauzubillah! Ada gak tempat mcm Amber Court? Seriously tak pernah dengar ada tempat mcm tu kat atas sana nun. Rupanya First World Hotel tu pun berhan... juga ya. Memang sebelum ni tiap kali nak lari dari keriuk-keriuk Kuala Lumpur, me lari bawa diri ke Genting Highland (paling dekat kot). Kalau rajin drive sikit, ke Pantai Port Dickson. Tapi honestly cakap memang tak pernah bawa diri sorang diri kalau ke Genting tu. Nasib badan kalau tetiba nak release tension kena tegur lak dek makhluk halus-halus. Mak oiii seram bulu tengkok mak nak! Merbahaya... Eh copp copp... Intro kemain... Lari dari topik kita pada malam ini okeyh. Oh indahnya menulis blog sambil menghirup udara segar di balkoni rumah tetengah malam begini. (Cheeeewahh...nasib baik haze dah habis. Dan perintah darurat di Muar pun dah ditarik balik) syukur Alhamdulillah. Indeks IPU juga semakin positif. Kalau tak menghirup jerebu la saya. Pasal haze ni, pun nak story juga. Kurang asam punya pihak yang tak bertanggungjawab dari Sumatera ni. Tiap2 tahun pulak tu negara akan mengalaminya. Yang herannya kenapa tak ada tindakan konkrit yang diambil oleh pihak kerajaan? Pelikkan? Dengar2 nya lepas korek punya korek siat punya siasat, rupa-rupanya ada juga rakyat Malaysia yang terlibat. Oh kasihannya negara ku yang tercinta. Selagi tak ada Menteri yang berjiwa rakyat, yang tak bertopengkan politik mereka itu semata2 selagi itulah tiap2 tahun kita terpaksa mengalami gejala "KLCC lenyap buat seketika". Tapi tak boleh salahkan Menteri semata. Hbis tu salah siapa? oi makcik... Tajuknya pasal JDT vs Kelantan kot. Okey2 jangan marah dulu. Me belum habis pun lagi nak story pasal haze ni. Bukan apa, fenomena yang biasa berlaku ni tak mendatangkan masalah pun to me personally biasanya. Tapi baru2 ni, cuz saya menikah di Felda Lepar Hilir 3. Hai Aisya, selamat pengantin baru! (Sempat lagi...commercial break) jadi ramailah sedara mara berkumpul. Me pun baliklah jumpa mak kat sana. Dah settle kenduri ingat nak bawa mak jenjalan. Tak sangka mak setuju nak ikut. (Along, Boo dan me plan nak ke Terengganu. Stay sana 1 malam esoknya cabut) selalunya liat kemain nak ajak jalan. Agaknya sebab mak penat, dia pun nak rest jadinya dia setuju. Ahad tu balik Pahang. Jauh x jauh juga la, lembik gak bodi drive dalam jerebu. Terik, bahang yang amat sangat. matahari yang memerah tu dikaburi oleh jerebu.tak nampak teriknya tapi bahangnya sangat memeritkan kulit. Pffffffffft! Laut yang cantik sepanjang jalan ke Kuala Terengganu pun xnampak. Kesiannya mak! Me, bergelen2 air ku teguk. Bawa mak solat kat Masjid Kristal, tu pun tak nampak sgt terapungnya masjid tu. sayang sungguh. Kasihan juga kat adik Nurul yang dah sarat mengandung tu ku hangkut sekali ke Terengganu tu, dengan nak handle anak beliau yang 2 tahun si comel Quyyum Al-amin yang sangat aktif perilakunya. Oh my vacation. Memang kena plan trip yang baik sikit bawa mak ke satu tempat aman damai lagi bersih udaranya. In Sya Allah, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur kami oleh Allah SWT. Moga dengan izinnya dapat bawa mak ke Langkawi pun jadilah.
Nampak...betapa jerebunya sampai menusuk hidung
sila perhatikan... nampak perit kan? Panas tak hengat ... Baiklah fellas, Berbalik kepada kisah Harimau Selatan vs The Red Warrior malam semalam (oh TMJ) *wink! Memerah blusing pipiku yang kelam ini. Kalaulah me secantik Miss Faz kan dapat kekasih handsome lagi berdarah raja gitu. Ahahaa tak adanya TMJ...TMJ... Ku ini pipit saja cik Dayana oiii... Back to reality sweetie! Wooooo Stadium Nasional was packed from the afternoon. I was there to meet my brother pun terpaksa u-turn kat simpang kedua jalan ke stadium. Jalan totop. Oh tidak 3 jam drive akhirnya end up dgn masak megi di rumah. Lapar nak mam*** stuck kat sana. Walaupun kenal2 dgn PA YB Khairy, driver-driver rapat beliau pun me tak dapat juga beli tiket final piala FA. Haihh... Bola bukan semangatku. Kisahnya, Harimau selatan tersungkur di kaki The Red Warriors. Apa nak buat, kalah menang adat pertandingan. Seronok juga tengok kebangkitan penyokong2 Johor yang selama ini macam tak pernah wujud je. Jangan mara aaa... Bukan apa, baguslah semangat mcm tu. Dah terkalah ni tengokkan jelah sampai takat mana semangatnya mereka2 itu. Harap2 teruskanlah semangat menyokong anda tu ya. Satu perkara tentang rakyat negeri Johor ni...pssst ni pillow talk saja ye. Dari pandangan mata kasar saya saja, nak makan hati pun apa boleh buat. Rezeki masing2. Hurmm dari mana nak mula? Kalau semak2 balik, mereka ni (rakyat Johor la kan) terlalu confident. Bahasa inggeris nya over confident pak cik. Which is good tapi in other times, we can be annoying sebab kadang2 kalau anda teliti betul2 diorang ni kebanyakannya confident salah dan ada kalanya mereka ini tanpa segan silu cuba menegakkan benang yang dah basah (daripada pengalaman saya sendiri la ni saya cerita). Tapi part yang hebatnya mereka ini terlalu petah berkata2. Pada hemat saya kalau masuk debat memang boleh kalahlah Encik Rafizi Ramli dan YB Kahiry kita. Diorang ni cukup dengan fakta segala. Kalau pasal makan, fuhhhh janganlah offer laksa penang. Ayam kuzi.... Puiii je. Semua tu bawahh. Two thumbs up, ranking no 1 makanan paling hebat Asam pedas Muar, Mee Bandung Muar...Rojak petis tanjung. Fuhhhh terbaik. Katanya. Takkan terkalahkan kopi terbaik Johorean "kopi 434" diorang. Slurpppp. Tak boleh lawan juga musician Johor! Pemuzik2 terhebat asalnya mereka dari mana? Dari Johor kata mereka. Iyelah labu... Kekkeee... Geram je. Tapi tak dinafikan lah semua tu sedap. Tapi diorang je yang eksen terlebih. Kalau tak suka tu buat light2 macam orang lain pun okey wahai Johorean semua. Yelah awak bagus. Tapi saya pun bagus. Lebih universal lebih best. Tak gitu? Saya tak story lelebih pasal penyokong THe Red Warriors sebab diorang ni memang dah mcm ni dari dulu. Sama naik juga diorang ni pon. Kadang2 taksub terlebih pun ada juga. Suka hati andalah kawan2. Janji bersatu. Tu yang best. Tapi, sokong-sokong juga. Sayangilah harta benda negara ya kawan2... Majulah sukan untuk negara. Kalau tak sebab battery ipad saya ni dah tingtong tinggal 6% mau ku sambung lagi merapu pasal semua ni tapi stop sampai sini dululah. (Ni sebab layan Adam dan Hawa drama online la ni. Apa boleh buat, tak sempat layan tahun lepas sebab kerja tak mengijinkan). Post akan datang pasal trip saya ke Sipadan. Woooo tak sabar nak fly ke Tawau next week. In Sya Allah. Selamat semuanya ya. Baik2 sayang... Ada aku untukmu... Cheers!