Saturday, January 5, 2013

Sekolah Menengah Agama Rompin Loqman datang!

Alahai dah excited mak hantar adik. Tak terkira juga ucapan syukur Alhamdulillah mak sebab dapat lagi ke sekolah ni. Tapi Adik Man tak laku lagi hari ni. Isnin depan (7 Jan 2013) baru boleh daftar. Pengetua okay, Ustazah yang daftarkan pelajar pun baik. Usatazah A'ayah. Memang ada ketokohan seorang ustazah. Muka bersih suci je, ehemm kalaulah i seayu Ustazah tu. Hahaa Sempat jumpa ayah kat Rompin hantar budak PLKN ke mana entah lupa dah. Cium2 ayah, bawa mak dengan Adik terus ke sekolah. Bila dah dapat tau Isnin daftar kitorang pun dengan lega hati pergi makan bekal kat Pantai Hiburan, Rompin. Makan sekali pulut yang ayah belikan. Nyumm nyumm memang syiokk breakfast tenang2 gini. Tapi sayangnya botol arak merata2. Tak sayang negara sungguh mereka yang durjana ni! Ishhh ishhh (geleng2 kepala tangan di dada)
Pose pose jgn tak pose
Bliss
My precious
Always my favorite kuih in the world
Adik Man sampai bawa lari satu polistrin Pulut ayam masak merah yang ayah belikan. Memang kan anak ayah hahhaa
On the way balik KL pagi tadi terjumpa ni kat Kuala Pilah! Huh memnag rare lah. Beli jgn tak beli RM11 2kilo = 3 biji

Sabtu...kembali kerja!

Alhamdulillah selamat semuanya. Selamat balik Keratong dan selamat sampai KL semula. Best betul pagi2 semalam sempat tengok budak2 kat rumah siap2 nak pergi sekolah. Ada yang tak sarapan, tapi semuanya macam dulu2. Liat2 sikit nak bangun : ) budak2
Pakcik Safar aka Boboy jadi pengawas sekolah! Best lah
Aidil memang kejap ikut mood, susah sikit sorang ni. Nak kena perlahan2 macam tarik rambut dalam tepung
Buah hati Angah Girl...Ameera in the house ya'll. Heh hehe yang paling senang tapi leceh juga suka nangis dan kuat emosi. Ayooo macam2 kerenah. Tak senang jadi Makcik tau!

Thursday, January 3, 2013

Alhamdulillah...cuti approved!

Syukur Alhamdulillah, Bestnya kerja dengan boss yang cantik dan super cool! Dan rakan sekerja yang soooo adorable dan baik budi. Kalau tak, huhu menangis tak berlagu lah kita. Cuti dah dapat. Yay! Tapi, aduhai malasnya nak drive 3 jam ke Felda Keratong 10. Malam2 pulak...huarghh... Ada jugak tapinya. Hari ni, dengan penuh semangatnya search ePJJ dengan harapan nak sambung pelajaran. Bestnya dapat pegang degree kan? Ingat nak ambil TESL je alahai yurannya 24k okay tu pun kat OUM. :( Search UiTM tapi tak dinyatakan la pulak bila in-take. Tulah akibatnya kalau tak rajin beli paper. Orang pagi2 bangun awal2 minum kopi, makan nasik lemak dan baca surat khabar. Kita tak... pagi krohhh krohhh ... lagi 5 minit nak masuk kerja baru nak bangun. Aduiii azam tahun ni nak datang kerja awal! Insyaallah... Apapun esok hantar Lokman pergi Sekolah baru dia. Yay lagi! Penat pun semoga adik berjaya kak ngah dah happy... penat tu berbaloi lah. Hujung tahun boleh buatkan dia passport bawa jalan2. Kalau... kalau Lokman dapat jadi Ketua Kelas, atau pengawas atau lagi best Ketua pengawas! Heh hehe bestnya adik hensem i nak sekolah agama tempat Kak Lang dia dulu.

Wednesday, January 2, 2013

Tahniah Adik Loqman

Tak sabar pulak nak balik Jumaat ni hantar Loqman pergi sekolah asrama. Tapi satu hal nak kena settle dulu..."macam mana nak minta cuti?" alamak...ermm balik ni nak kena draft dulu ayat2 untuk all the bosses. Hi everbody, I had family emergency this weekend and had to travel last minute bla bla thanks for your understanding bla blaa... Aduhai, semoga semuanya selamat. Amin. Tahniah sekali lagi buat adik tersayang walaupun dia tak mungkin baca entri ni sekarang, nanti atau bila2. Best je dengar suara mak call tadi ucap syukur berkali-kali. Sekolah Menengah Agama Pahang, Rompin tu memang terbukti bagus. Alang pun lepasan sekolah tu, sekarang Alhamdulillah dah jadi Cikgu dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar. Mula2 Alang yang call, tak sangka dia nak bagitau Adik Loqman berjaya. Ciss suspend je! Apa2 pun saya mesti la balik juga Jumaat ni, penat drive 5 jam pun berbaloi tengok mak happy. Alhamdulillah permulaan tahun 2013 yang best. Lepas tu boleh request karipap keledek ke, ikan keli masak cekur ke...hahhaaa bestnya!

Start The Year Off Right :)

Hey love, Hope everyone had a wonderful New Years Eve and are enjoying the first day of 2013 with those important to you! Alhamdulillah, permulaan tahun 2013 ni baik2 saje bagi diri saya. Enjoy makan mee rebus kat Cafe Enam Puluhan, Jalan Sultan Ibrahim, JB semalam bersama makcik tersayang. (me, sampai bedal 2 pinggan). Sempat tengok bunga api meletop-letops kat Dataran JB kot padahal time pukul 12 tu kitorang countdown tunggu bas City Link dari Singapore balik ke Larkin. Kaki dah letih sangat.We experienced long queue at Woodlands Immigration rasa nak pukul2 diri sendiri sebab dah beratur tapi tak isi immigration form. Dussssh! Kena 2x beratur panjang!
Lepas dah settle documentation semua, tengoklah muka kita dua2 kembali berseri! Tapi nak buat apa pun tak sempat. Sempat ke Raffles Park je tengok Merlion dan orang yang super duper ramai nak tunggu count down kat sana. Dengan hujan lagi you. Nampak tu siap bawa payung sorang satu. Tapi tengok Boo happy je walaupun mulut dia tak renti2 ngomen itu ini. Tapi bila tengok kapel jalan berdua-duaan... Boo tengok i, i tengok boo. Last2 kita pegang tangan sama2 sambil nyanyi lagu Mariah Carey - I'll be there sama2. HHahahhaa nasib badanlah. Nanti dah kawen harap2 dapat suami yang tak berkira bawa kita jalan2 makan angin. Kan?
makcik bersiap
Sempat posing kat Lobby Hotel (M Suits JB) sebab basement paking banjir tahap buku lali
Kitorang kat Fullerton Bay, bestnya kalau dapat naik Cruise
Aummmmm dapat posing kat Merlion kecik je...yang besar penuh orang
Yeahh azam tahun ni nak kumpul duit lepak Kat Marina Bay Sand nak mandi kat swimming pool dia. Fuhhuuu
Concert in front of Asian Civilizations Museum
Pagi 31 Dec tu sempat jalan2 kat Johor Premium Outlet tapi tak beli apa2 huaaaaaa bestnya kalau dapat borong sakan... sobbsobbb