Wednesday, January 2, 2013

Tahniah Adik Loqman

Tak sabar pulak nak balik Jumaat ni hantar Loqman pergi sekolah asrama. Tapi satu hal nak kena settle dulu..."macam mana nak minta cuti?" alamak...ermm balik ni nak kena draft dulu ayat2 untuk all the bosses. Hi everbody, I had family emergency this weekend and had to travel last minute bla bla thanks for your understanding bla blaa... Aduhai, semoga semuanya selamat. Amin. Tahniah sekali lagi buat adik tersayang walaupun dia tak mungkin baca entri ni sekarang, nanti atau bila2. Best je dengar suara mak call tadi ucap syukur berkali-kali. Sekolah Menengah Agama Pahang, Rompin tu memang terbukti bagus. Alang pun lepasan sekolah tu, sekarang Alhamdulillah dah jadi Cikgu dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar. Mula2 Alang yang call, tak sangka dia nak bagitau Adik Loqman berjaya. Ciss suspend je! Apa2 pun saya mesti la balik juga Jumaat ni, penat drive 5 jam pun berbaloi tengok mak happy. Alhamdulillah permulaan tahun 2013 yang best. Lepas tu boleh request karipap keledek ke, ikan keli masak cekur ke...hahhaaa bestnya!

No comments:

Post a Comment