Sunday, July 7, 2013

Borneo Divers Mabul Resort, Mabul Island. Hari kedua.

7am sharp me turun kat lobby Heritage Hotel. Wahh Danial pun dah turun awal rupanya. Syoklah... Nampak berseri okeyh cik abang sorang ni. Sedap mata memandang... Mesti 5am dah bangun ni tadi. Sebab dia ni kalau bersiap... Tip top! Tapi kadang-kadang tu grrrr jugaklah makcik, pasal apa me tunggu kat rumah berjanggut. Kalau dia janji nak datang rumah tu. Hahaaahaa tak apalah asalkan wangi...makcik suka. Heritage Hotel, Tawau - 7am So far... To me personally hotel ni awesome! Berbaloi! Affordable and convenient. Kepada readers di luar sana tu yang bercadang nak bermalam di Tawau sebelum ke Sipadan atau Mabul atau Kipalai atau Mataking atau di mana2 Island di sampoerna ni, yang tercari2 cheap and safe hotel bolehlah bermalam di hotel ni. Selesa! Ngam-ngam siap check out, abang transportation yang telah disediakan oleh pihak Borneo Divers Mabul Resort (BDMR) pun sampai. Efficient sungguh. Alaaa tapi me teringin nak rasa Pisang Cheese yang Hariri rekomen untuk cuba di Tawau Kopitiam. Abang tu pulak okay... Samsuddin namanya. Tawau Kopitiam, Tawau So Danial pun cepat2 lah heret me ke kopitiam belah belakang hotel tu untuk tapau. Hurmm memang belum rezeki kami, pisang cheese belum ready pagi2. Petang sikit katanya baru ada. :( Kurang lebih 2 jam perjalanan dari Tawau ke Sampoerna. Van ni tak perlu bayar sebab semua dah diaturkan oleh BDMR. Efficient! Awesome! Vacation! Hujan syiok nya... Perjalanan lancar tak ada traffic jam. Kiri kanan sawit dan hutan belukar. Saujana mata memandang. Danial cerita macam2 perkara. Sampai separuh perjalanan, dia pakaikan stoking...me pon apa lagi. Krohhh krohhh la. Sedar2 semua sunyi sepi, van masih berjalan. Danial pun sayup2 mata tapi tak sandar pon. Hahaha jaga rambut Ewan McGregor dia la tuh. Ahhh me tak peduli, tidur sedap. Van tak ada orang. Kita bertiga je. Zzzzzzz... Sampoerna- 9am Sampai Sampoerna 9am. Masih hujan. Samsuddin bawa kita minum kat Seafest Cafe. Fuhhhhh bubur ayam ala-ala hotel! Nyumm nyumm terbaik. Tapi sebab boat nak gerak 9.30 am, terpaksalah kitorang bungkus separuh makanan yang panas2 tu sambung makan nanti kat resort. Macam manalah BDMR tu ya? I wondering how...Samsuddin pun order sama macam Danial Mee Basah. Nyummy juga! Danial bayar semua makan, belanja Samsuddin sekali. Terus gerak ke jeti. Dalam 5 minit perjalanan tu dari Seafest Cafe. Jeti Sampoerna-9.30am Hujan lagi. Samsuddin hantar takat sini je, kitorang teruskan perjalanan ke Mabul Island. Sepanjang perjalanan tak nampak cantik pun. Sejuk. Hujan dan berawan. Me tertidur lagi di pangkuan Danial. Tak tahan woooo ngantok...angin tiup mata kuat sangat. Akhirnya ke laut. tak sedar apa dah. Borneo Divers Mabul Resort, Mabul Island (BDMR)-11am Selepas 40 minit perjalanan menaiki speed boat, kami akhirnya tiba juga ke pulau Mabul dengan selamatnya. Syukur... Wahhh bawah jeti je tempat snorkel. Tapi me rasa tak ada mood nak snorkel lagi sebab sejuk. Masih hujan waktu kami tiba. Kami disambut dengan mesra oleh staff BDMR. Memang 5 stars! Wahhh lagi. Cantiknya tempat ni. Ni waktu hujan. Tengok petang kalau tak hujan, cemana. Roy the dive master Kami dijemput dengan ramah-tamahnya oleh staff serta guest yang ada. Friendly! Hai everybody... Jom keluar dari bot. Hati2 cik salmah, licin tu. Kedatangan kami disambut oleh Roy. Kulitnya saya agak, dia ni mesti putih sebelum ni tapi sun burn kat sini. Dia nampak chinese look sikit. Okay... Awalnya dia bagi short briefing dan tunjukkan tempat2 penting serta do and don't things selama berada di sini. Okay miss and mista, here your umbrella. Can we proceed to the room? Seterusnya Roy terus bawa kami ke lobby resort. Kami disambut dengan welcoming drink (limau ais) yang slurrp. Chillex! Dan cold towel. Arghh refresh! belum apa2 baru 40 minit naik bot dah rasa melekit. Roy the dive master bagi kami complete BDMR safety briefing. Me suggestkan Danial propose buat safety video kat resort ini tak penat Roy nak story benda yang sama pada guest yang lain pakai white board. Hehehee job la tu, boleh ke Boracay pulak next trip. Hehehee Okay here is your room miss. Next to each other. Happy? Enjoy your stay here with us. Hahaa okaylah tu senang kang memalam nak photograph free ketuk je bilik Danial. Bilik ni best! Selang sebuah chalet dah depan tu laut. Betul2 depan bilik ni pool. Pool view lah. Kat belah kanan, belukar. Kalau nak ke cafe ke belakang sikit je jalan. Alahai me memang suka tempat yang bagai dalam Alice in wonderland ni. Kelilingnya pokok-pokok. Most of them adalah pokok bunga raya. Dalam kepala dah plan nanti nak hancurkan lumur kat kepala buat macam arwah nenek gemok selalu buatkan dulu. Ada pokok mengkuang dari 600 species pandanus/screw pine yang telah diketahui. Hurmmm haaaaa segarnya, otak pun jadi fresh! Ni semangat ni nak kembali bekerja.
Masuk bilik bedal bubur ayam tadi...muahahaa Wahhh rasanya nak je landing terus, tapi knockkk knockk oh Danial lah tu.. Arghhhhh okay jalan2 pun syok Dayana. Jangan buang masa. Aduhai, encik ni tak nak rest kejap ke. Bila tengok jam, oh patutlah dah nak lunch time. Tak buang masa langsung dia ni. Aduh mak...saya masih full lagi ni. pose dulu on the way nak ke cafe tu bersama biawak pulau mabul Lunchie time! Yes! yes! Kalau ke pulau kawan-kawan... Saya recommend kan kawan-kawan makan puas2 tau. Tambah-tambah lagi kalau ke pulau yang jadi tumpuan pelancong. Macam BDMR ni. Memang kualiti makan terjaga. Tak pernah lagi saya ke mana-mana pulau yang makannya tak sedap. Dalam Malaysia mahupun luar negara. Makan kat Phi Phi Island, Thailad jugak superb!
kenyang-kenyang pun ku bedal juga nasi dengan daging masak halia, ayam masak thai dan beberapa desert lain termasuk chinese herb soup. Blurrkkkk Dah habis makan ni... Jom check out souvenir shop diorang ada apa. Me nak cari sandal lah... Let's check it out. BDMR souvenir shop Danial terus nak snorkeling. Dia siap beli okeyh sebelum datang sini. Kitorang shopping kat Pavilion, OU, The Curve... geli katanya share2 ni. Lagipun dia nak serious sikit lepas ni ambil dive course boleh shoot underwater. Ayoyo kedai ni tutup, pukul 3 pm nanti baru buka balik. Dengan berkaki ayam Danial jalan terus ke jetty BDMR. Me bawa Ipad dan buku Imam Hanbali nak sambung baca. Memang taklah nak snorkel lepas hujan macam ni. Oh ya... lupa nak bagitau. Hujan dah berhenti lepas lunch tadi. Snorkeling di Jeti BDMR-2pm Fullamak, memang terbaik. Bawah jeti dah penuh life coral. Angin kuatnya. Danial bawa fin, google dengan Go Pro Hero 3. Excited dah... Me excited nak lelap ni. Sun bath la sekali. Danial cakap sila jangan biar perut lapar, i nak nyelam ni. Order apa yang patut. Apa? Makan lagi. Oh tidak... Im on diet! Full stop. Sambil2 baca buku, Danial pun turun naik macam2 hal...bau toaster menusuk2. Oh no... Me pun dengan selamber grab sekeping roti, taruk dalam pembakar roti. Sambil2 roti melompat bancuh kopi. Semuanya telah disediakan oleh BDMR untuk in house guest mereka. Habislah macammni. Ada pulak sorang guest tu offer cookies sambil bukakan penutup jar. "Do,u need some cookies?" "Oh thanks, but i don't need them. I want them!" Sambil terus mencelupkan tangan kedalam cookie jar. Time Danial sampai, cookies dah selamat dalam perut. Tinggal roti dengan pineapple jam serta beberapa kuih lain. Memang sedap cookies tu. "Kopi ni untuk i?" Danial tanya. Me said" Aaah, sila lah minum". "Thanks," me angguk je (padahal tu kopi yang ke-2 saya bancuh. Yang tadi dah habis, tu pun sebab panas. Tunggu sejuk. " sedap cookies tu, nak i boleh ambilkan," me offer sebab boleh la curik-curik sikit lagi. "Yes please," apalagi...zuppp ku celopkan lagi tangan dalam cookie jar. "Here, you can have as much as cookies you want. Its nyummy" kataku sambil menyuap benerapa keping lagi ke dalam mulut. Selamat. Danial ajak cabut lepas puas berenang. BDMR Souviner shop - 4.30 pm Oh buka pun. Danial letak barang2 atas table kat bar sebelah kedai tu. Sorang bartender tu offer untuk tolong tengokkan sementara dia smoking kat situ. Cool! I pon join sekali ingat nak cari getah rambut dengan shower cream. Danial suruh beli T-shirt, me pon capai la mana berkenan terus letak atas kaunter. Sehelai BDMR T-shirt dengan sleeveless dress. Me keluar sementara Danial shopping barang apa ntah. Oh ya selipar. Sabun tak boleh beli. Mhal nak mam... Sementara tunggu Danial tu sembang dengan bartender tadi. Joe namanya. Dia bagitau dia baru saja kerja 3 hari! Apa-apalah dik. Asalkan you happy. Tak lama tu sorang guest datang dan join sembang. Bila Danial duduk sambung lagi sembang. Akhirnya diorang ajak pusing pulau jalan-jalan tengok kampung Bajau. Lupa lah apa nama guest tu, Joshen? Tapi indian look sikitlah. Orang KL. bila dia ajak kita pun minta izinlah, balik bilik masing-masing nak bersiap dulu. 5.30pm boleh start jalan. Bar-5.40pm Tak nampak pun Joe mahupun Joshen. Oh kompem dah gerak dah, me tadi rasa tak selesa mandi dulu. Danial pun inform nak mandi dulu. Oh punctual habis diorang ni. Takapalah, Danial ajak juga pusing sikit cari selipar. Bila jumpa kedai runcit, keadaan kampung tu agak daif lah. Kedai runcitnya juga. Ramai kanak-kanak bermain-main. Jauh berbeza dengan my brother yang duduk kat rumah je tengok tv. Kasihannya... Tapia kitorang dah diingatkan oleh Roy tadi supaya tidak memberi apa2 kepada penduduk kampung demi menjaga keselamatan diri. Dah dapat selipar jepun (memang Jepun habis) kitorang jalan-jalan yang dekat2 je. Sampailah dinner 7pm kitorang balik semula ke chalet untuk bersiap. Me pakai lipstik sikit supaya x nampa pucat. Dinner at BDMR dining hall -7.30pm Wah dinner dia, meletops! Me ambil grill beef with black pepper, cauliflower with mushrooom, dengan grill squit. Salad dengan cole slow, serta sedikit fruit cocktail. Dengan sabah tea sebagai penutupnya. Masa dinner tu jumpa Joe, dia inform esok ada tour ke Kipalai jam 8.30am. Jadi by 8am dah kena get ready. Wah sonds really good! Tengah makan tu ada surprise celebration untuk sorang guest yang dah berjaya dive sebanyak 90 kali! Wahhh bestlah. Roy pun datang join dinner sekali. Sambil dinner tu kita sembang macam-macam perkara. Umur dia kata setahun muda dari kitorang. Sambil senym lagi dia cerita betapa bestnya scuba diving. Tak lupa juga kami tanyakan hal Lahad Datu. Dia pun cerita serba sikit. Bahawa mereka yang kat pulau tu lepak je sebab rasa confident bila ada PGA dan tentera. Lepas dinner, kitorang di bawa oleh Joe melepak kat jeti lagi. Berhadapan jeti tu Sea Venture Hotel yang privacy. Malam berakhir kat situ bila dah ngantuk 9pm kita balik ke bilik dan Joe teruskan kerja sampai bAr tutup 11pm kot. Selamat malam everybody. Mmuahhh

No comments:

Post a Comment