Saturday, July 6, 2013

The sea! The sea! Feeling great in Mabul

Assalamualaikum readers! Kita sekarang bersiaran secara langsung dari Tawau, Sabah! Ojyeahhh... Sepatutnya flight pagi 0700 am dari LCCT tapi atas sebab2 yang tak disengajakan kami tertinggal flight. We missed our 0700 am flight! Numb sekejap. Kita sampai 6.40 pagi. Gate dah tutup pun time tu. nak check in luggage pun tak dapat. Oh mengah pilu jugaklah sekejap. Tadi pun drive bagai nak rak. Tapi nak balik pun tak sampai hati. Excited nak bercuti dah meluap-luap plus package resort semua dah fully paid. Customer service tu mencadangkan supaya kami beli tiket seterusnya. Fikir punya fikir, timbang itu ini... Re-schedule balik package penginapan apa semua kita pon beli lah tiket baru. Al-kisahnya nak dijadikan cerita bila bandingkan tiket 12pm MAS dengan Air Asia, harga MAS murah sikit tapi tup tup tutup sekejap page MAS sebab nak cari Enrich Number dalam notes bila buka harga sudey up-grade dari RM300 2 orang jadi RM1k. Macam har.... Ehem ehem... Pusing balik ke Air Asia... Tutup mata kitorang pun terpaksa ambil tiket kecemasan tu RM600 untuk 2 orang. Sukurlah... Lepas timbang saving cukup untuk 2 bulan terakhir ni. Huwaaaaa nilah yang orang selalu sebut menangis tak berlagu tu. Dengar tak? Day 1- Tawau Tawau I've never been to Tawau before. So this is my first time here. Sampai Tawau jam 3petang. Walaupun terlepas booking meal kat flight pagi tadi, sedih je. tapi nasib baik lapar masih belum terasa. Sebab lepas kemelut tertinggal flight tu Danial terus ajak breakfast kat Old Town Kopitiam. Lepas2 tulah baru fikir cemana nak settle. Masa tertidur dalam flight Danial dah tukar seat dengan sorang brother tu. Dah Danial duduk sebelah dapatlah me bahu untuk tumpang lelap sepicing dua. Rupanya sepanjang saya tidur tu Danial tak tidur, sembang dengan mamat kat hujung seat kami tu. Dia perkenalkan dirinya sebagai Hariri. Defense untuk team Kedah. Tapi sekarang dia terpaksa bercuti sebab cedera. Kaki patah... Masa nak turun tu Danial bantulah apa yang patut. Yang bestnya kalau jalan2 dapat kawan ni... Dia sudi tumpangkan kami ke Tawau. Alamak, segannya. Ishh Danial ni. Tapi Hariri ikhlas. Semoga dia cepat sembuh. Bila wife beliau sampai dengan mak dan adik lelakinya, kami pun gerak sama. Save sikit... Dapat save RM100 macam tulah. Terubat sikit luka akibat tertinggal flight sebelum itu. Syukurlah! Baiknya sekeluarga ni. Orang Sabah cantik-cantik belaka. Wife Hariri tak terkecuali. Lin kawan Kak Long Danial, wife Shahril... Cantik2 belaka demo. Ni menguatkan azam me untuk beli rumpai laut banyak2 buat stock. Ahahaaa uwekkk tapi rasanya bluwekkk sikit. Nak cantik Dayana... ;) Thanks to Hariri sekeluarga. Semoga Allah merahmati kalian semua di mana pun anda berada. Diorang hantar kami betul-betul sampai depan Heritage Hotel yang kami dah book kat airport tadi. Yelah dah terlepas flight, terlepaslah sekali boat 9.30 pagi ke Mabul Island. Kena lah guna plan B. Stay Tawau RM180 untuk 2 bilik. Okaylah. Esoknya pulak baru lah stay sampai 9 hb kat Borneo Divers Mabul Resort. Mulanya kami plan 6-8 July duduk BDMR, 8-9 stay Tawau. Boleh pergi tengok zoo ke apa ke, tapi terpaksa tukarlah. Okay jugak bah tu. Sebelum pergi, wife Hariri sempat bagitau kat mana nak makan seafood sedap. Kat Kim Ling Seafood sedap katanya. Nak makan pisang cheese sedap kat belakang hotel, Tawau Kopitiam. Jadi, lepas check in me cepat2 ketuk bilik Danial ajak jalan. Lapar dah datang. Dia pun sama timing rupanya. Lapar. Kisah Imam Hanbali Rupanya kat belah belakang tu dah laut. Kitorang pun slowly cari Kim Ling Restaurant. Chinese restaurant rupanya. Was-was bila tak nampak sorang pun orang melayu lepak situ. Ishh tak berani, tapi nampaknya seafood dia segar-segar. Kat area situ banyak ada restaurant. Dah sampai tepi laut, me ajak Danial lepak kejap. Duduk kat benteng. Macam kat Benteng, Kuantan. Tapi bezanya sini open sea. Kuantan sungai. Tak lama duduk tu ada sorang adik lelaki jalan bawa kacang bungkus kot dalam bakul. Kacang! Kacang! Rasa macam nak beli tapi tak terpanggil. Bukan nak makan kacang. Saya akhirnya hanya menyorotinya dengan pandangan mata sampailah adik tu hilang dari pandangan. Syukurlah, walaupun saya tak dilahirkan dalam keluarga yang senang lenang namun tak juga miskin. Sederhana lah macam tu. Saya pun tak perlu ke hulu ke hilir lepas waktu sekolah untuk bekerja. Bila adik tu pergi, terdetik juga dihati saya kenapa tak beli je sebungkus dua kacang. Kalau tak nak makan boleh sedekah pada adik kat receptionist hotel. Hurm mungkin bukan rezeki si penjual kacang. Mengenang kejadian tersebut, teringat pada buku Imam Hanbali yang sedang me baca. Masa Imam Hanbali datang ke rumah seorang perawi hadis untuk menuntut ilmu di Syam, Imam Hanbali mendapati perawi hadis itu sedang memberi makan kepada seekor anjing. Kedatangan Imam Hanbali tidak langsung dipedulikan oleh perawi tersebut sementara beliau tetap saja asyik memberi anjing makan. Seolah-olah perawi hadis tersebut lebih memberi perhatian terhadap anjing daripada menerima kedatangan seorang tetamu. Imam Hanbali tetap menunggu dengan sabar sehingga orang tua tersebut selesai memberi anjing makan. "Boleh jadi kamu berasa hendak marah kepada aku, bukan?" tanya orang tua yang dikatakan perawi hadis itu. "Benar, kerana tuan lebih mengutamakan keperluan seekor anjing daripada keperluan seorang manusia", jawab Imam Hanbali. "Tahukah kamu bahawa di sini tidak ada anjing. Tetapi pada hari ini seekor anjing datang ke rumah aku. Anjing itu mengikut ke mana saja aku pergi. Tentu dia dalam keadaan lapar dan mahu aku memberi makanan kepadanya," kata perawi hadis itu. Kemudian katanya lagi, "Aku memenuhi hajat anjing itu, kerana aku pernah mendengar suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Az-Zanad dari Al-Araj dan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak menunaikan hajat seseorang yang berhajat kepadanya maka Allah tidak menunaikan hajatnya pada hari kiamat." Dengan wajah yang gembira Imam Hanbali pun berkata, "Wahai tuan, kedatangan saya juga berhajat mempelajari hadis daripada tuan. Hadis yang tuan bacakan tadi sudah memadai bagiku." Kemudian Imam Hanbali terus pulang ke Bahgdad. Dia terus berusaha mengumpulkan hadis. Seterusnya dengan beberapa orang perawi hadis hinggalah kepada Imam Syafie yang ketika itu mengajar ilmu hadis di Masjidil Haram. Buku sejarah Islam tulisan penulis Novel Sejarah No.1 Malaysia, Abdul Latip Talib ini bagus untuk ibu-bapa yang nak cari buku-buku Islam bagi diceritakan kepada anak-anak, sebelum tidur ataupun pada waktu lapang. Kepada adik itu tadi semoga rezekinya murah di mana pun beliau berada. Dinner yok! Sambung cerita Seafood Restaurant tadi tu... Seafood Restaurant 101 Bila dah was-was, kitorang pun cari kedai makan lain. Akhirnya kedai makan no 101 belakang Kim Ling Restaurant pun nampak not bad. Cubalah. Apa beza? Ikan bakar jugak kot. Nampak ikan dia bukan main fresh! Hooray. Makan! Danial nak makan butter prawn, jadi me pilih ikan putih untuk dibakar. Bakar pun ada 2 cara. Bakar kat arang atau bakar atas dapur gas. Me of course nak yang rare, bakar atas arang lah! Side order dia Kailan goreng belacan. Dah! Sebab semalam baru bedal ikan siakap goreng gajus dengan Tom Yam campur kat Tahara, Kampung Pandan. Belen ada lagi dalam freezer. Dalam bulan Saaban ni tak sehari pun me puasa :( Dah kenyang, hari pun dah gelap. Tapi jam baru pukul 7.30pm. Kat sini macam Bandung. Tapi Bandung sejam awal. Sini jam sama tapi cuma gelap cepat, terang cepat. Mata pun dah sayup. Macam ada jin duk bertenggek. Kitorang jalan balik sambil lalu-lalu kedai kot2 ada jual sandal. Tak bawa sandal. Singgah dulu kat Guardian beli ubat gigi. Uiii semuanya mahal 3 ringgit kat sini. Ada Vincci okeyh, tapi sandal yang agak2 sesuai semua tak ada size kaki gajah i ni. Last-last beli juga satu sandal yang tak berapa sesuai tapi okaylah. Tak jumpa selipar Danial, dah ngantuk tahap dewa me ajak Danial cabut. Sampai hotel, babai Danial...jumpa esok me macam dah makan ubat tidur dah ni ngantok. Okaylah you alls juga, betul2 ngantuk ni. Tak tidur dah 2 hari! Baru jam 8.30pm. Ahhh tak kisahlah... Nuuty nite!

No comments:

Post a Comment