Thursday, March 6, 2014

Belajar dari kesilapan

Bismillahirrahmannirrahim,

Jam dah nak masuk 2pagi. Nak bgn solat sepertiga malam tapi mata tak boleh nak lelap-lelap. Fikiran menerawang...
Alhamdulillah ada rezeki panjang umur hari ini dapat solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah di masjid dan baca Yasin secara berjemaah. Ermm mungkin sekadar catatan dan tak lupa, Masjid Firdaus nak kutip derma untuk buka Sekolah Rendah Agama (KAFA). Drive sorang ke masjid hari ni. In sya Allah kalau suami ada kelapangan minggu depan nak ajak sekali. Terima kasih suami izinkan ke masjid.
Sekadar catatan juga, saya berdoa kepada Allah andainya diberi zuriat keturunan yang baik2, yang sempurna, disayangi oleh orang dan berguna untuk agamanya tentulah kami dari hambaNya yang bersyukur. Bukan apa, tengok anak2 kecil berlari2 di masjid, pakai jubah... Masya Allah sempurna sgt ciptaan Allah.

Lepas baca Yasin tadi saudari sebelah saya tegur dan kami berkenal-kenalan. Namanya Salwa. Dia tanya saya baru kahwin ke? Sekadar senyum, saya angguk saja. Mungkin nampak inai dijari yang masih berbaki warnanya. Salwa senyum dan menelunjurkan kaki. Maaflah, katanya. Saya pregnant 5 bulan. Tulang sakit2. Alhamdulillah, balas saya. Tahniah! Sambil angguk-angguk. Oh seronoknya. Kasihan. tapi syukurlah masih kuat ke masjid. Sambil dengar AJk masjid bagi penerangan mengenai KAFA yang bakal dibina, kami bersembang-sembang. Saya sempat bertanyakan mengenai kandungannya. Dah scan ke belum? Anak lelaki ke perempuan? Soalan biasa kut yang saya akan tanya kepada saudara perempuan yang mengandung. Salwa cakap dah tapi belum tau lelaki atau perempuan. Kalau boleh dia nak lelaki. Tapi rezeki Allah bagi asalkan sihat sempurna dia terima. Sukur, Alhamdulillah. Kami berbalas senyum. Dah habis solat Isyak, ketika bersalaman dengan jemaah wanita saya ditegur oleh seorang kakak. "Dik dagu tutup sikit," sambil dia senyum. Astagfirullahhaladzim, saya balas tegurannya dengan seyuman dan terus tarik sikit telekung bagi menutup dagu. "Terima kasih," jawab saya. kakak tu senyum saja. Semua jemaah dijemput ke khemah di sebelah tepi masjid ada saudara kita buat tahlil cucunya jadi adalah sikit makan-makan. Teringat suami kat rumah yang belum makan.  Tak apalah saya jamah sikit. Saya minta diri dari Salwa. Ketika menjamah sedikit kuih, kakak yang menegur tadi duduk di hadapan saya. Dan kami bersembang-sembang. Kemudian saya nampak Salwa jalan perlahan-lahan ke meja bufet, lantas duduk disebelah saya. "Dayana tak makan ke? Saya dah beberapa hari tak makan. Asyik muntah je. Isi la sikit perut," saya senyum lagi. Kesiannya bakal ibu ni. Saya lihat di dalam pinggannya terisi dgn seekor ikan keli goreng cili, ayam berempah dan daging satay. Sedapnya! Kami bertiga makan sambil bersembang-sembang ringan. Eh lupa pulak nak tanya nama kakak, kakak yang kat depan saya perkenalkan diri sebagai Kak Zai. Saya Dayana, dan dia ni Salwa. Salwa angguk je. Lembut sungguh. Saya bangun ambil sikit lauk bila Salwa kata ada daging kambing. Tanpa nasi, saya ambil daging satay, kambing gulai dgn ayam berempah dan sikit ulam-ulaman. Ermm sedap. Alhamdulillah. Kami bersurai selepas itu.

Belajar dari kesilapan? Maksud saya bila fikir-fikirkan balik, banyaknya kesilapan yang saya dah lakukan. Kejahatan yang tak tahu natijahnya. In sya Allah dalam buku catitan nanti saya nak list down kan supaya tak terbelenggu semuanya dalam kotak pemikiran saya. Pukul 12 mlm tadi makcik datang dengan suaminya. Astagfirullah, saya tak pernah bencikan saudara seislam seperti marahnya saya pada suami dia. Nantilah In sya Allah juga akan saya tulis di entry akan datang berkenaan suaminya. Supaya saya nampak silap saya. Semoga Allah mengampuni saya kerana ada perasaan mazmumah ini di dalam hati. Ya Allah hilangkanlah perasaan kotor ini dari hati saya. Redhailah saya Ya Allah. Ambillah nyawaku Ya Allah disaat Kau redha kepadaku dan aku Redha kepadaMu. Sesungguhnyalah Kau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Semogalah makcik saya itu sentiasa di bawah perlindungan Allah Azzawajalla. Amin ya rabbal alameen.


No comments:

Post a Comment