Saturday, March 1, 2014

menelusuri alam ciptaan Allah Azza Wa Jalla

Bismillahirrahmanirrahim. Semalam Ayong dan Cik Opit (Taufik Riswandi) datang dari Keratong. Diorang cuti jadi kami suami isteri bawa diorang menelusuri alam ciptaan Allah yang Maha Luas ini. Kali ini kami pilih Fraser Hill, Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah. Perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai. Perjalanan kami dimulakan dengan nama Allah yang Maha Besar, dengan Ayatul Kursi dan doa memulakan perjalanan. 
Ayat kursi dan terjemahan. 

Doa menaiki kenderaan serta terjemahan.
Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 9pagi dan Alhamdulillah kami sampai kat puncak bukit pukul 11pagi lepas berhenti sekejap dekat Empangan Pertak, Kuala Kubu Bharu untuk ambil gambar dan hirup udara segar. Cuaca panas terik jadi tak terasa angin-angin bukit. Tapi pemandangan dia, Subhanallah. Cantik saujana mata memandang. Sekadar renungan kita bersama, jimat-jimatkanlah air. Takungan air kat empangan ni memang dah nak masuk tahap kritikal disebabkan faktor cuaca panas terik. Terkini suhu di Kuala Lumpur dicatatkan adalah 27°C (80.6°F).

Empangan Pertak, Kuala Kubu Bharu. Malaysia (28 Feb 2014)
Alhamdulillah kat rumah masih belum putus bekalan air. "Ya Allah, permudahkanlah. Janganlah disulitkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagiMu. Dan ku mohon segala kebaikan darinya (cuaca panas)." Amin Ya Rabb Al Alameen.
Sekadar suka-suki. Sedikit gambar happy kita sekeluarga.

Yay. Along dan me dah ready! 

Dah sampai Empangan Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kita syok2 pose snap pose snap. Cuaca panas terik. Suasana yang cantik dari sinaran matahari pagi. Nilah resultnya... taa-daaa!










Mutiara kata CINTA dalam islam

Untuk menciptakan hidup yang sempurna, pilihlah kesempurnaan yang alami. Untuk hidup yang bahagia pilihlah kebahagiaan dari Pencipta Bahagia iaitu Allah Azza Wa Jalla. Kembalilah kepadaNya. Pilihlah bahagia. Hidup yang bahagia itu bila kita rasa senang dengan ujian, dan bersyukur dengan rahmatNya.
Untuk pengetahuan semua pada sesiapa yang terbaca blog ni, kalau tak pernah ke Fraser Hill atau dulu2 12 tahun lepas pernah pergi sekarang terasa nak pergi lagi ermm just a few advise bawalah makanan siap2 kalau gerak pagi2 and nak balik petang tu. Boleh lah berkelah sebab kedai makan tak banyak. Adalah food court tapi mcm tak best. Kalau kedai yg ok pun buka pukul 12 kot. Dulu memang banyak gerai2 tapi sekarang tak ada lagi. Kebetulan time kitorg pergi ni tak ada event.

Kalau nak ke Waterfall jauh 4.5km dari jam Fraser Hill tu. Lepas tu kena jalan kaki ke tempat mandi. Kereta tak boleh bawa masuk. (please note) yang kawasan tu hutan belukar tau! Nak park kereta pun takut.

Yang lain ermm hati2 lah drive nak naik ke bukit tu. Jalan kecik dan sunyi sepi. Memang laluan Tom Yum Gong dan hidupan liar. Jadi memang kena bagi lebih tumpuan kepada pemanduan. Jangan bawa laju2. Be safe.

Akhir sekali, dah drive jauh2 nikmatilah pemandangan yang cantik dan udara yang segar. Jangan lupa untuk memuji Allah. Sebab masih ada lagi nikmat dari Allah untuk kita. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

family quote


perut lapar tak sempat sarapan, ngappp apa yang ada je. Asam pun asam la labuuuu








Masa dengar usrah dari Ustazah Norhafiza Musa kat radio IKIM baru2 ni beliau ada membincangkan pasal mencatat. Kebetulan tengah tulis skrip untuk video korporat Bank Rakyat, jadi me dapatlah catat serba sikit ilmu dari ustazah. Antara munajat yang ustazah sempat ajarkan dan sempat dicatat hari tu. Semoga bermanfaat


Along buat muka ketat ni kenapa?

Sebelum kitorg balik pukul 3pm tu me sempat sambar 2 keping poskad dan pos kat pejabat pos belakang tu. Pos ke mana lagi kalau tak kat rumah untuk mak ayah. Setiap kali ke mana2 tak dapat buang habit ni pos poskad... heh ehh 
Masih belum makan...

Belum makan face




Belum makan lagi ni... jam dah pukul 12. Jap lagi nak solat Jumaat

Akhirnya... tapi memang sedap makan kat sini. Mungkin juga sebab lapar tahap maximum. @Strawberry Restaurant

Ta-daa... Mr. Photographer pun ada

Bismillahirrahmanirrahim...milo panas dapppp

Smoke House

Taufik kata... Guys only. *sigh. Padahal Guest Only. Aptb la taufik!

No comments:

Post a Comment